KLANG – Dua lelaki termasuk warga Pakistan maut dalam dua kemalangan silih seminit di daerah ini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 4.50 dan 4.51 petang itu, kedua-dua mangsa yang maut berusia 36 dan 47 tahun.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan pertama melibatkan lelaki warga Pakistan yang digilis dan tersepit bawah lori kontena berdekatan Jambatan Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini.
Katanya, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara bersendirian.
“Setibanya di persimpangan lampu isyarat berdekatan jambatan itu, lelaki berkenaan digilis sebuah lori kontena.
“Kemalangan mengakibatkan mangsa kemudian tersepit bawah tayar lori berkenaan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, operasi menyelamat dilakukan sepasukan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.
“Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 5.49 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Dalam pada itu, kata Norazam, seorang pemandu lori turut maut selepas melanggar lori lain di Jalan Aman Perdana, Taman Aman Perdana di
“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia,” katanya. -K!ONLINE