fbpx

Arsenal ‘bedil’ Newcastle di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arsenal terus menghidupkan peluang mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menjinakkan Newcastle United 2-0 di Stadium Emirates sebentar tadi.

LONDON – Arsenal kembali mendapatkan rentak kemenangan selepas menewaskan Newcastle United 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates sebentar tadi.

Selepas dibelasah Liverpool 0-4 minggu lalu, The Gunners menggunakan kesempatan dengan sebaiknya untuk mengembalikan moral pasukan dengan menjadikan Newcastle sebagai mangsa melepaskan geram.

The Magpies nyata bukan tandingan Arsenal apabila pasukan tuan rumah menampilkan aksi berkualiti bagi menguasai sepenuhnya permainan menerusi gerakan-gerakan berbahaya.

Ketika separuh masa pertama berbaki empat minit, Arsenal hampir untuk menjaringkan gol pembukaan, namun penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang gagal untuk menolak masuk bola walaupun pintu gol sudah terbuka luas.

Bersambung separuh masa kedua, The Gunners terus mengganas apabila melancarkan serangan demi serangan dan ia membuahkan hasil apabila Bukayo Saka meletakkan Arsenal 1-0 pada minit ke-56 menerusi percubaan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, kegembiraan Saka tidak bertahan lama apabila dia terpaksa dikeluarkan lapan minit kemudian dan digantikan oleh Gabriel Martinelli kerana mengalami kecederaan.

Percaturan pengurus Arsenal, Mikel Arteta memasukkan Martinelli membuahkan hasil apabila pemain Brazil itu meledak gol kedua pasukan pada minit ke-66 selepas bijak menyudahkan hantaran bek kanan, Takehiro Tomiyasu.

Newcastle dilihat beberapa kali cuba merapatkan kedudukan menerusi serangan balas pantas, namun berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan Arsenal serta kecekapan penjaga gol, Aaron Ramsdale.

Meskipun sudah mendahului 2-0 tetapi Arsenal masih belum berpuas hati dan tidak mengendurkan serangan ke arah pintu gol Newcastle, namun keputusan tersebut kekal hingga tamat perlawanan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI