fbpx

Aifa rangkul kejuaraan Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aifa tampil cemerlang untuk merangkul gelaran sulung kejohanan Terbuka Malaysia selepas menewaskan pemain Mesir, Salma Hany 12-10, 11-8, 11-4 pada perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

PEMAIN skuasy remaja negara, Aifa Azman melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara pada kejohanan Terbuka Malaysia selepas menewaskan pilihan utama dari Mesir, Salma Hany 3-0 pada perlawanan akhir sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil itu, Aifa menampilkan aksi cemerlang apabila menguasai sepenuhnya permainan sebelum mencatat kemenangan mudah 12-10, 11-8, 11-4.

Kemenangan itu pastinya menyuntik semangat Aifa memandangkan dia akan menggalas misi bersama pasukan negara pada Kejohanan Berpasukan Asia yang dijadualkan bermula hujung bulan ini.

Terdahulu, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu menampilkan aksi cemerlang pada pusingan awal apabila menewaskan pemain-pemain pilihan untuk mara ke perlawanan akhir.

Sebagai rekod, Aifa menjadi pemain wanita Malaysia keempat berturut-turut yang memenangi kejohanan itu selepas Rachel Arnold, S. Sivasangari serta pemain No.1 negara, Low Wee Wern.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI