fbpx

Wang peninggalan arwah suami RM85,700 lesap kerana cinta palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR GAJAH – Seorang ibu tunggal berputih mata selepas wang peninggalan arwah suaminya berjumlah hampir RM100,000 lesap gara-gara terpedaya dengan cinta palsu lelaki yang baharu dikenalinya di aplikasi sosial Instagram.

Mangsa yang berusia 59 tahun itu dikatakan mula mengenali suspek yang menggunakan nama akaun Ahmed Hashima dari Amerika Syarikat sejak Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa telah diperdayakan oleh suspek yang menggunakan modus operandi mengirimkan beberapa hadiah mewah sebagai tanda persahabatan mereka.

Jelasnya, antara hadiah yang kononnya dihantar adalah beg tangan, kasut, dompet dan dua utas jam tangan, seutas rantai leher emas, gelang tangan emas serta wang USD15,000.

“Pada awal Ogos lalu mangsa menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali, kononnya daripada Pejabat Pos Laju, Kuala Lumpur untuk memaklumkan barangan berkenaan telah sampai.

“Bagaimanapun barangan itu didakwa mempunyai masalah dan mangsa diminta untuk membuat pembayaran bagi mendapatkan barangan tersebut,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI