fbpx

Twitter catat lebih lapan juta ciapan berkaitan percutian Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik mengenai peratusan kategori pembelian percutian di Twitter

PETALING JAYA – Ciapan berkaitan topik percutian di Asia Tenggara menunjukkan peningkatan apabila jumlah hantaran dibuat oleh pengguna Twitter melebihi lapan juta ciapan baru-baru ini.

Ciapan itu meliputi pelbagai topik berkaitan percutian antaranya ulasan pelanggan, soalan tentang pembelian barang selain informasi lain di seluruh Asia Tenggara.

Menerusi hasil kajian dilakukan oleh Twitter, sebanyak 48 peratus rakyat Malaysia mendapat inspirasi percutian menggunakan laman media sosial tersebut.

“Walaupun terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di seluruh negara, pembelian semasa musim percutian masih dapat dibuat di atas talian dan juga di Twitter.

“Semangat musim percutian tidak pernah redup di Twitter, bahkan perbualan tersebut semakin banyak dan meriah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, faktor yang mencetuskan peningkatan perbualan berkaitan percutian di Malaysia adalah tawaran promosi istimewa akhir tahun daripada pelbagai jenama.

“Ia turut merangkumi tawaran daripada penerbitan media bertemakan Krismas dengan melibatkan selebriti dan saluran televisyen serta jangkaan tahun depan.

“Sementara itu, sebanyak 51 peratus rakyat Malaysia masih berhati-hati untuk berkumpul secara ramai selain berharap untuk menyambut musim percutian walaupun tidak melibatkan jumlah penglibatan ramai,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI