fbpx

Tandas Awam Lumut paling bersih di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI FATTHONAH (tiga dari kanan) bersama para petugas MPM di hadapan Tandas Awam Lumut yang merupakan tandas awam terbersih di Malaysia.

MANJUNG – Selain bersih, persekitaran yang terurus dan dihiasi dengan tumbuhan herba serta hiasan pokok-pokok yang tersusun kemas menjadikan Tandas Awam Lumut berdekatan Lumut Waterfront di sini sebagai tandas yang paling disenangi oleh orang ramai.

Kreativiti menggunakan barang-barang terbuang seperti botol, topi keledar dan bekas pembungkus makanan sebagai hiasan gegantung turut menambahkan lagi keunikan tandas berkenaan.

Atas faktor itu, tidak hairanlah apabila Tandas Awam Lumut dinobatkan sebagai Tandas Awam Terbersih Malaysia 2021.

Anugerah itu diumumkan ketika Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Pe­ringkat Kebangsaan 2021 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan minggu lalu.

Kemenangan tersebut adalah hasil kerja berpasukan petugas-petugas Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di bawah ­seliaan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MPM, Siti Fatthonah Sattar.

PENJAGA tandas, Norliana Sabri mengilap lantai tandas setiap kali selepas digunakan bagi memastikan premis itu sentiasa bersih.

Katanya, anugerah itu menjadi motivasi buat mereka kerana penilaian tandas tersebut turut melibatkan saingan 105 pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.

“Tandas Awam Lumut ini yang dibina pada tahun 2000 telah dinaik taraf pada 2016 dan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa dengan ­memberi penekanan kepada faktor ke­ceriaan serta kebersihan.

“Sebenarnya terdapat kira-kira 20 tandas awam lain di bawah seliaan MPM di sekitar Lumut dan Manjung dan semuanya dalam keadaan bersih,” katanya.

Lokasi tandas ini yang terletak di tengah-tengah pekan Lumut itu juga memberi imej positif pada Manjung yang merupakan destinasi pelancongan utama di negeri Perak.

Sementara itu, Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, penyeliaan tandas yang baik penting kerana ia merupakan salah satu perkhidmatan yang diberikan kepada warga Manjung dan pengunjung luar.

Katanya, selain penjagaan, kerjasama yang diberikan oleh pengguna juga perlu untuk sama-sama menggunakan kemudahan awam itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI