fbpx

Shuib buat ‘comeback’ dalam Sepahtu Reunion 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jep bercerita mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam Sepahtu

Shuib buat ‘comeback’ dalam Sepahtu Reunion 2021

PETALING JAYA – Selepas lebih tiga bulan berehat daripada penglibatan dalam industri seni, pelawak Shuib membuat kejutan kepada peminat apabila tampil dalam episod terakhir program Sepahtu Reunion 2021 yang ditayangkan malam tadi.

Dalam episod berkenaan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tampil segak mengenakan sepasang sut berwarna hitam dalam persembahan sketsa yang diberi tajuk, Mencari Sepatu Yang Hilang.

Bukan hanya mengejutkan penonton yang bangun bertepuk tangan kerana teruja dengan kehadiran sosok pelawak berusia 37 tahun itu, namun rakan-rakannya yang lain iaitu Jep, Pak Ya dan Rahim seakan-akan hilang kata-kata.

Ketika hadirin bersorak, ketiga-tiga ahli kumpulan Sepahtu terdiam membisu dan hanya mampu tersenyum melihat kemunculan Shuib di depan mata mereka.

Shuib turut meluahkan kerinduan untuk berada di pentas itu bersama-sama rakannya yang lain.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu sempat membuat gurauan ‘pickup line’ dengan bertanya perbezaan antara kasut dan sepatu.

“Saya pun datang bukan saja-saja malam ini. Kasut ini satu kan? Saya ada bawa lagi satu.

“Ini kan sepatu yang hilang? Saya nak beritahulah. Tahu tak apa perbezaan sepatu dan kasut? Kasut, ini (sambil menunjukkan sepasang kasut di tangannya). Sepatu itu kita (sambil menunjukkan kepada rakan-rakannya yang lain),” katanya penuh makna.

Sementara itu, dalam sebuah video temu bual eksklusif bersama Shuib yang dimuat naik dalam akaun rasmi Instagram @SepahtuReunionOfficial, pelawak itu memberi jawapan tentang persoalan ramai sama ada dia akan kembali beraksi bersama Sepahtu ataupun tidak.

“Kita ini dalam hidup, semuanya Allah yang tentukan. Sama jugalah dengan keberadaan saya hari ini. Saya takkan pernah terfikir pun akan datang hari ini. Ada sebab-sebab dia. Tapi ini semua Allah punya gerakan.

“Kalau itu soalannya, sama juga jawapan dia. Saya pun tak tahu, bersediakan saya untuk masuk balik, bersediakah nak bermain dengan mereka,” tuturnya.

Akui Shuib, hatinya memang rindu untuk kembali beraksi bersama rakan-rakan di atas pentas tersebut, namun dia tidak mempunyai jawapan yang konkrit untuk menjawab pertanyaan ramai.

“Rindu mesti rindu. Tipu kalau saya cakap tak rindu. Menyanyi, buat kelakar. Sebab Sepahtu bukan pasal siapa hebat, tapi keserasian. Sebab itu kadang-kadang kalau seorang tiada, memang nampak ketidakseimbangan.

“Sebelum ini pun sama saja. Bukan waktu saya tiada saja. Kalau Jep atau Rahim tiada, memang jadi tempang. Saya tak tahu nak cakap saya ada atau tiada. Wallahualam. Tak reti nak cakap. Kun faya kun,” ujarnya yang berserah kepada aturan Tuhan.

Bagi Jep pula, kehadiran Shuib pada malam tadi cukup menggembirakan kerana dapat melihat rakan baiknya itu kembali bersamanya di atas satu pentas yang sama.

Mengibaratkan persembahan pada malam tadi sebagai episod yang paling ‘mahal’, Jep berkata, perihal kemunculan semula Shuib bersama rakan mereka yang lain sudah pun dibincangkan sebelum ini.

“Kita dah bincang. Dia berhak memilih mana yang perlu dia utamakan. Sebab pada saat ini, anak-anak sangat memerlukan dia berbanding kami. Jadi sebagai kawan, apa jua keputusan dia, kami sentiasa menyokong,” katanya.

Persembahan Sepahtu Reunion 2021 malam tadi turut menampilkan pelawak Ebby Yus dan penyanyi Wany Hasrita.

Sebelum ini, Shuib berehat daripada dunia hiburan selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI