fbpx

Perompak dicekup orang ramai selepas tertidur dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang tular di Facebook memaparkan suspek dicekup orang awam dalam kereta Hyundai Sonata miliknya.

MELAKA – Seorang perompak diberkas polis selepas tertidur di dalam keretanya ketika sedang menunggu dua lagi rakan jenayah melarikan barangan sebuah rumah di Jalan Mangga 2, Taman MGBM Bachang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek berusia 30 itu berjaya dicekup dengan bantuan orang awam.

Katanya, mengikut laporan polis dibuat oleh pengadu, rumah tersebut merupakan milik arwah ibunya dan kejadian pecah masuk berkenaan dimaklumkan oleh jiran kira-kira pukul 5 petang.

“Pengadu bersama kakak dan abang iparnya bergegas ke rumah tersebut dan setiba di lokasi mereka menjumpai seorang lelaki sedang tidur di dalam kereta jenis Hyundai Sonata di belakang rumah berkenaan.

“Pengadu bertindak mematikan enjin dan mengambil kunci kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, dengan bantuan jiran, suspek berkenaan ditangkap dan dipercayai dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengadu kemudian ternampak pintu bahagian dapur rumah terbabit dalam keadaan terbuka dan dua lelaki dilihat sedang cuba melarikan sebuah televisyen.

“Menyedari kehadiran pengadu, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan, barang-barang yang hilang adalah sebuah kamera lama beserta beg coklat dengan anggaran kerugian RM300,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI