fbpx

Perbualan akhir bersama Allahyarham Siti Sarah dalam Tinggalkan Diriku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB turut menyelitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah ketika memberikan kata-kata semangat bagi memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.

PETALING JAYA – 9 Ogos 2021. Satu tarikh ‘berdarah’ yang akan dikenang oleh pelawak dan usahawan terkenal Shuib apabila isteri yang dikasihi pergi dijemput Ilahi buat selama-lamanya.

Pastinya pemergian Allahyarham Siti Sarah meninggalkan 1,001 memori yang amat sukar untuk ditempuhi.

Kehilangan tersebut ternyata telah meninggalkan rasa sepi, kosong dan bagaikan hilang seluruh jiwa sehingga mencengkam sanubari pemilik nama penuh Shahmira Muhamad itu.

Lebih menyentuh jiwa, hari ini sebuah karya hebat nyanyian Siti Sarah berjudul Tinggalkan Diriku telah dilancar dan diperdengarkan secara rasmi kepada umum pada pukul 3 petang tadi.

Kata Shuib, lagu tersebut merupakan rakaman suara arwah isterinya ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah sekitar tahun 2018.

“Enam hari selepas pemergian Allahyarham, saya mendengar rakaman
lagu Tinggalkan Diriku yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.

“Rasa sebak, hiba dan segala rasa hadir menerpa jiwa sepanjang mendengar semula lagu tersebut.

“Cara penyampaian arwah sangat berbeza dan istimewa sekali, seperti sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah sangat meninggalkan kesan kepada pendengar,” kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

VIDEO muzik rasmi lagu Tinggalkan Diriku dilancarkan tepat pukul 3 patang tadi menerusi saluran YouTube, Shuib Channel.

Rentetan itu, anggota kumpulan Sepahtu itu mengambil keputusan untuk mengabadikan karya istimewa ciptaan oleh Aidit Alfian tersebut menjadi sebuah video muzik (MV) sebagai tanda cinta kepada bidadari syurganya.

Untuk rekod, lagu tersebut telah dirakam pada tahun 2002 untuk album Mimpi Pun Sama dan dilancar sekitar tahun 2003.

Antara yang paling mencuri perhatian ramai semestinya rakaman perbualan terakhir Shuib bersama arwah isterinya sebelum ditidurkan pada 6 Ogos lalu bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya.

“Menerusi MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah ketika memberikan kata-kata semangat bagi memujuk arwah untuk ‘ditidurkan’.

“Ini adalah momen paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa. Perbualan tersebut adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak,” kata Shuib lagi.

Sebagai info, Tinggalkan Diriku teklah dilancarkan menerusi semua platform digital mulai hari ini termasuklah video muzik rasmi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI