fbpx

Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Olive mencuri perhatian apabila berpakaian seksi sambil memasak juadah penkek. - Facebook

BANGKOK – Foto seksi seorang penjual penkek di Thailand yang tular menjadikan jualan penkeknya lebih laris daripada goreng pisang panas, lapor laman berita The Thaiger semalam.

Wanita berusia 24 tahun yang hanya dikenali sebagai Olive itu mencuri perhatian apabila memasak penkek dikenali sebagai ‘khanom Tokyo’ itu sambil mendedahkan sebahagian dadanya.

Malah, Olive memberitahu bahawa seorang penunggang motosikal turut terbabas kerana leka memerhatikan wanita itu.

Bukan lelaki sahaja yang tertarik kepada Olive kerana wanita juga berminat dengan gaya pakaian jenis kardigan yang digayakan Olive.

Wanita itu memakai kardigannya dengan meletakkan butang yang longgar di bahagian hadapan, yang digelar blogger fesyen sebagai ‘Slinky Tank Top’.

Ia sebelum ini pernah digayakan oleh selebriti Hollywood seperti Kylie Jenner dan beberapa pelakon dan model Thailand. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI