fbpx

Misi tewaskan JDT bukan mustahil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARCEL mengakui skuad Sang Penyu bakal berdepan pelbagai kemungkinan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong fanatik skuad Harimau Selatan malam ini.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU FC (TFC) perlu bersedia dengan helah Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi timbal balik separuh akhir ke­dua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Pemain tengah import, Dechi Marcel mengakui skuad Sang Penyu bakal berdepan pelbagai kemungkinan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong fanatik skuad Harimau Selatan itu.

Begitupun, beliau tetap optimis peluang TFC menyekat kemaraan JDT belum tertutup walaupun keputusan aksi separuh akhir pertama memberi kelebihan kepada pasukan lawan.

“Kami masih ada harapan dengan syarat perlu fokus dan berjuang sehabis baik sehingga ke wisel penamat. Kami sedar banyak perkara berkemungkinan berlaku, namun tidak boleh biarkan ia menganggu tumpuan.

“Kekuatan TFC adalah apabila bermain sebagai satu pasukan seperti biasa dan itu yang akan kami lakukan untuk mendapat keputusan didambakan,” katanya ketika dihubungi ­Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Marcel berkata, misi mereka adalah memburu kemenangan biar pun di laman lawan sekali gus mengulangi kecemerla­ngan mara ke final Piala Malaysia seperti yang pernah dilakukan pada edisi 2018.

Pemain kelahiran Ivory Coast itu juga percaya kejayaan mengejutkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim dalam kempen Liga Super pada April lepas bukan lah mustahil untuk diulangi.

“Kami tetap menjangkakan tentangan sengit tuan rumah yang sudah tentu akan turun memburu tambahan jaringan.

“Begitupun, ia tidak bermakna kami akan menyerah kalah awal sebelum sepak mula aksi kedua separuh akhir,” ujarnya.

Marcel yang meledak dua gol dalam 18 penampilan Liga Super musim ini juga berjanji akan mempamerkan aksi cemerlang untuk mematahkan serangan dan mematikan langkah jentera tengah JDT pada perlawanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI