fbpx

Kematian Dr. Chai kerana penyakit jantung koronari, bukan vaksin dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Koh Meow

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mendedahkan kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan, Dr. Chai Koh Meow adalah kerana Hemopericardium akibat penyakit jantung koronari dan myocardial infarction, bukan kerana vaksin dos penggalak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hasil dapatan laporan telah menyatakan sebab kematian adalah penyakit jantung koronari.

“Ini adalah laporan yang telah kita terima dan pihak KKM sedih dengan pemergian mendiang.

“Saya mahu ucap terima kasih kepada keluarga mendiang dan abang mendiang kerana membenarkan KKM memaklumkan dapatan hasil bedah siasat mendiang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap dengan jawapan yang dikongsi maka kematian mendiang tidak menjadi bahan spekulasi lagi untuk menghalang penerima vaksin dos penggalak.

“Kerajaan dan KKM percaya dengan ketelusan maka saya minta Noor Hisham berkongsi hasil dapatan kematian mendiang dengan jelas bagi menunjukkan tiada apa-apa maklumat yang disembunyikan.

“Apa-apa kes pun kita akan buat siasatan terperinci iaitu forensik dan post mortem diteliti sebelum satu ketetapan dapat dibuat malah buat masa ini tidak ada kematian yang disebabkan secara langsung daripada vaksin, sama ada primary serius atau booster,” katanya.

Tambahnya, sekiranya ada kes yang disahkan oleh ketiga-tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menilai punca kematian maka ia akan dimaklumkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI