USAI mencipta fenomena menerusi naskhah Squid Game, aktres dan model Jung Ho-yeon sudah mula bersiap untuk memasuki pasaran Hollywood tidak lama lagi.
Memetik laporan Soompi, Ho-yeon telah menandatangani kontrak eksklusif bawah agensi terbesar berpangkalan di Amerika Syarikat, Creative Artists Agency.
“Kami memutuskan menjalin bekerjasama dengan CAA untuk aktiviti globalnya. Tolong berikan sokongan kepada Jung Ho-yeon semasa dia meneruskan aktivitinya di peringkat antarabangsa,” ujar Saram Entertainment.
Lebih mengujakan, Ho-yeon turut berada sebaris dengan beberapa selebriti antarabangsa terkenal bawah agensi sama seperti Brad Pitt, Tom Hanks, Beyonce, Norah Jones, Cardi B dan Justin Bieber.
Terdahulu, Ho-yeon, 27, mengagumkan penonton dengan lakonannya yang realistik dalam siri asal Netflix, Squid Game.
Namanya meroket naik sekali gus meraih pengikut yang ramai dalam akaun Instagram selain baharu sahaja dilantik menjadi duta global jenama mewah, Louis Vuitton.