fbpx

Indonesia catat 2,252 bencana alam sepanjang tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan kejadian banjir di Kota Batu. – Merdeka.com/Nanda F. Ibrahim

JAKARTA – Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan sebanyak 2,252 kejadian bencana alam di Indonesia sejak 1 Januari hingga 24 November tahun ini, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Bencana alam tersebut pula, kata BNPB, telah menyebabkan 584 kematian dengan 76 orang hilang selain kerugian harta benda. 

Data menunjukkan kejadian bencana alam di negara itu didominasi oleh banjir, ribut dan tanah runtuh. Sebanyak 1,062 kejadian banjir, 650 puting beliung, 511 tanah runtuh dan 263 kebakaran hutan direkodkan sepanjang tempoh tersebut. 

Sebanyak 27 kejadian gempa bumi turut berlaku, diikuti 15 insiden kemarau dan 24 kejadian air pasang besar. 

Data yang direkodkan sepanjang tempoh itu menunjukkan seramai 7,552,866 mangsa terpaksa berpindah, 584 orang maut, 76 orang hilang dan 13,087 yang lain cedera. 

Sejumlah 135,812 buah rumah diisytiharkan rosak dengan 17,305 daripadanya rosak teruk, 24,293 kediaman rosak sederhana dan 94,214 lagi mengalami kerosakan kecil.

Sebanyak 3,622 kemudahan awam turut mengalami kemusnahan yang terdiri daripada 1,462 fasiliti pendidikan, 1,807 kemudahan ibadat dan 353 kemudahan kesihatan.

Menurut BNPB, sebanyak 503 pejabat dan 395 jambatan turut rosak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI