fbpx

Hargai semangat ibu tunggal, remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMA bersama anak-anaknya di Langkawi menerima bantuan termasuk wang tunai untuk dijadikan modal berniaga.

LANGKAWI – Program Jelajah Ikhlas anjuran bersama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Era Foods MY dan Media Mulia Sdn. Bhd. (MMSB) telah menyantuni seorang ibu tunggal, Akma Zuraidah Md. Takudin, 39, yang menyara empat anak dengan pendapatan kecilnya sebagai tukang masak di pulau peranginan ini.

Akma yang tinggal bersama anak berusia antara lapan hingga 17 tahun di sebuah rumah sewa di Kampung Lubok Buaya di sini, memperoleh pendapatan harian sekitar RM30 hingga RM45.

Kehidupan mereka bagaimanapun semakin dihimpit kesusahan apabila Akma kehilangan mata pencarian selepas kedai makan tempat dia bekerja terpaksa ditutup sementara disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kisah lima beranak ini yang dihalau dari rumah sewa dan terpaksa tinggal berhimpit di sebuah bilik sewa telah disiarkan di akhbar ini Julai lalu.

WAKIL MMSB menyerahkan bantuan kepada Nurfarra di hadapan rumah baharunya di Kampung Pasir Puteh, Tualak, Kuala Nerang.

Akma berkata, wang sumbangan yang diterima daripada program tersebut dijadikan modal perniagaan menjual makanan kering seperti ikan bilis, udang kering dan belacan secara dalam talian.

“Alhamdulillah, terima kasih atas bantuan diberikan dan saya akan terus kuat dan bangkit dengan mengusahakan perniagaan itu demi anak-anak,” katanya.

Berbeza pula kisah hidup seorang remaja, Nurfarra Asyikin Norazmi, 20, yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai ibu dan bapa kepada empat adiknya berusia antara empat hingga 18 tahun di Kampung Pasir Puteh Tualak, Kuala Nerang.

Dia yang bertugas sebagai anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu terpaksa berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membesarkan empat adiknya iaitu Mohd. Hafiq Ridzuan, 18; Nur Anis Amira, 15; Nuraina Amalyna, 12, dan Nurshafinas Fareha, 4, yang mana tiga daripada mereka masih bersekolah.

Dia yang berpendapatan bulanan kira-kira RM900 sebulan itu bersyukur kerana Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membina sebuah rumah di kampung berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI