PARIS – Satu kajian baharu mendapati ‘galaksi-galaksi satelit’ iaitu galaksi kerdil berkemungkinan telah lenyap di sekitar Galaksi Bima Sakti, lapor laman berita Wionews semalam.
Bima Sakti terbentuk tidak lama selepas letupan ‘Big Bang’ yang menandakan permulaan alam semesta kira-kira 13.8 bilion tahun yang lalu.
Matahari terletak kira-kira 26,000 tahun cahaya dari lohong hitam supermasif yang berada di pusat galaksi berkenaan dan terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu.
Penggabungan galaksi seterusnya memainkan peranan penting dalam menentukan galaksi yang sedia ada sekarang.
Satelit Gaia yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah melakukan analisis baharu yang menunjukkan kebanyakan galaksi di Bima Sakti sebenarnya agak baharu.
Kajian diketuai oleh ahli astrofizik, François Hammer dari Balai Cerap Paris di Perancis itu disiarkan dalam penerbitan The Astrophysical Journal.
‘’Kami menyimpulkan bahawa disebabkan tenaganya dan sudut momentum, kebanyakan galaksi kerdil ini tidak berumur panjang, kurang dari 2 bilion tahun yang lalu,’’ katanya.
Sagittarius iaitu sebuah galaksi satelit 10,000 kali ganda lebih kecil berbanding Bima Sakti telah melalui dua kali pusingan cakera besar galaksi kita yang mengandungi kira-kira 100 bilion bintang. – Agensi