fbpx

Bantuan Khas Kewangan sebulan setengah gaji kepada penjawat awam Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan setengah gaji kepada para penjawat awam di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan kewangan itu memberikan implikasi kewangan sebanyak RM37.5 juta dalam menghargai usaha serta komitmen penjawat awam yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memastikan penyampaian perkhidmatan kekal efisien dan berkesan.

“BBK pertama meliputi setengah bulan gaji dengan minimum RM1,000 telah disalurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebelum ini.

“Manakala BKK kedua iaitu satu bulan gaji dengan minimum RM1,000 akan dibayar pada 29 Disember depan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022, di sini hari ini.

Menurut beliau, anggaran belanjawan negeri berjumlah RM2.343 billion melibatkan lima teras utama dengan tema belanjawan iaitu Negeri Tahan Uji, Mengangkat Martabat Insani.

Amirudin menjelaskan, daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.22 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM1.123 billion untuk perbelanjaan pembangunan.

“Kerajaan Selangor berjaya meningkatkan rizab semasa sebanyak RM3.117 bilion yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM938.36juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM2.179 bilion.

“Ini bermaksud kerajaan negeri berjaya meningkatkan rizab dari RM2.1 bilion pada tahun 2019,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI