fbpx

Apek buru hadiah ‘rumah kedua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL FAHMI mengingatkan rakan-rakan sepasukan di benteng pertahanan agar sentiasa fokus pada aksi menentang Laos pada petang ini.

PENJAGA gol kebangsaan, Khai­rul Fahmi Che Mat terus mengi­dam untuk merakam nama dalam buku sejarah ‘rumah ke­dua’ dengan memacu Melaka United ke final Piala Malaysia buat pertama kali.

Selepas menjadi nadi kepada kejayaan Kelantan menamatkan penantian 89 tahun pada edisi 2010, Khairul Fahmi kini berada di landasan tepat untuk sekali lagi cipta pencapaian hebat buat dirinya.

“Bila kita cipta sejarah, ia pasti menjadi kenangan paling manis kepada pemain. Kalau dahulu kejayaan untuk negeri sendiri tetapi kini peluang untuk Melaka United pula.

“Kalau ikutkan, tidak ada beza pun sama ada dengan Kelantan atau pun Melaka kerana saya pun sudah empat tahun bersama Melaka.

“Saya pun sudah rasa Melaka seperti negeri sendiri. Kami cukup bermotivasi untuk cipta sejarah, namun buat masa sekarang, tugas kami belum lagi habis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Aksi separuh akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Isnin lalu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Secara peribadi, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek begitu dahagakan kejuaraan Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 2012, juga bersama Kelantan.

Mengulas mengenai separuh akhir kedua malam ini, Apek menyenaraikan kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue dan Romel Morales sebagai ancaman terbesar.

“Kalau ikutkan, Paulo dan Romel kerana mereka berada pada prestasi terbaik ketika ini. Saya juga cukup kenal dengan Bojan Hodak.

“Dia seorang pakar taktikal. Kami kena waspada dan sentiasa fokus sepanjang perlawanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI