LIPIS – Tanda awal banjir di negeri ini bermula apabila tujuh buah rumah di Felda Sungai Koyan 1 mula dinaiki air malam semalam selain laluan ke Pos Betau terputus hubungan selepas air melimpahi jambatan.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, bagaimanapun tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
“Air telah pun surut di kesemua rumah namun paras air Sungai Jelai masih derasn dan berada pada tahap waspada susulan air daripada Cemeron Highlands yang dilanda hujan lebat.
“Jadi kita berharap orang ramai memastikan anak-anak tidak bermain air banjir dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya perlu berpindah dengan segera,” katanya di sini, hari ini.
Menurut Shahrul Nizam pihak bomba terus melakukan pemantauan sebagai persediaan memindahkan mangsa sekiranya air kembali naik ke kawasan penduduk.
Katanya, dalam memastikan aliran sungai lancar pihak bomba juga turut mengalihkan reba dan kayu yang tersangkut di Jambatan Sungai Jelai. – K! ONLINE