fbpx

Saya tak boleh pentingkan diri – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna terpaksa merisikokan dir kerana tuntutan kerja seninya yang masih banyak tertunda.

PETALING JAYA – Demi tuntutan kerja yang tertunda, pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick sanggup merisiko diri dan meminta kebenaran doktor untuk keluar wad lebih awal berbanding daripada tempoh sepatutnya.

Janna berkata, dia tidak sampai hati membiarkan pasukan produksi dan individu terlibat dalam projek drama melibatkan dirinya terjejas akibat masalah kesihatan yang dialaminya.

“Kerja kita ini membabitkan banyak orang dan saya tidak sampai hati buat orang lain tertunggu-tunggu.

“Jadi, saya meminta kebenaran untuk keluar lebih awal walaupun doktor mahu memberi cuti sakit selama lima hingga tujuh hari. Sebaik keluar hospital, saya terus ke lokasi penggambaran,” tulis Janna menerusi InstaStory.

Tambah Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dia bukanlah seorang yang tidak waras atau gila dan terlalu mementingkan kerja seperti yang difikir orang lain.

“Saya tahu ramai yang prihatin mengenai kesihatan saya tetapi ini adalah impak daripada pandemik sebelum ini.

“Bukan hendak bekerja ‘back to back’, sebaliknya banyak yang tertangguh akibat pandemik. Jadi, kita tidak boleh mementingkan diri saja. Kita perlu berkorban dari aspek mental dan fizikal,” katanya lagi.

Terdahulu, bekas pengacara Melodi itu terpaksa dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu selepas disahkan menghidap vertigo atau ketidakseimbangan dalam badan dan otak.

Janna memberitahu, dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami beberapa simptom seperti muntah berterusan dan tidak stabil ketika berdiri.

Sebelum Janna, kekasih hati kepada pelakon Dini Schatzmann itu terlebih dahulu dikejarkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru selepas mengalami batuk selama seminggu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI