fbpx

Perak FC diberi tiga hari lunas gaji pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Perak FC hanya mempunyai tiga hari untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji pemainnya.

Berdasarkan arahan oleh Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia (PFAM) melalui emel, Perak FC diberi sehingga 28 November ini untuk melunaskan bayaran tunggakan gaji tiga bulan itu.

Surat yang ditandatangani oleh Eksekutif Perundangan PFAM, Azzairi Rosle itu dikirim melalui emel kepada Perak FC pada 18 November lalu.

PFAM bertindak pantas dengan mengeluarkan arahan itu sebaik menerima aduan daripada pemain-pemain pasukan The Bos Gaurus .

Pemain Perak membuat aduan kepada PFAM berikutan kegagalan mencapai persetujuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hairul Anwar Mohamed mengenai urusan pembayaran tunggakan gaji itu.

Hairul atau Own mahu membayar secara berperingkat-peringkat tetapi tidak dipersetujui pemain.

“Setakat ini Perak FC hanya membayar separuh gaji bulan Ogos sedangkan kini sudah nak habis bulan November,” kata sumber.

Kegagalan Perak FC menyelesaikan isu gaji sebelum tarikh ditetapkan itu akan memberi kesan buruk kepada pasukan itu seandainya kes ini dipanjangkan ke Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM).

Pasukan itu tidak boleh mengambil khidmat pemain baru dan pemain import untuk musim 2022 serta bertanding dalam Liga M 3. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI