fbpx

Pendakwah kena tunjuk teladan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima Anugerah PMOA Qudwah di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Pendakwah perlu memainkan peranan dan menunjukkan contoh teladan yang baik bagi membina hubungan seterusnya dapat menyampaikan mesej Islam secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, dalam mendekati masyarakat terutama Orang Asli, mereka memiliki budaya dan adat resam yang unik serta mempunyai kepelbagaian suku.

“Justeru, perkara ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan kerjasama yang baik dan hubungan erat dengan pemimpin masyarakat bagi menjayakan misi dakwah di kampung Orang Asli. Kerja-kerja dakwah ini tidaklah mudah untuk dilaksananakan.

“Pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh daie di dalam melaksanakan misi tersebut dan halangan ini bukan sahaja dari sudut keperluan material malah, kekuatan rohani dan jasmani juga sangat perlu dititik beratkan,” katanya berucap pada Simposium Pendakwah dan Pemimpin Orang Asli di sini hari ini.

Simposium yang dilaksanakan secara hibrid itu melibatkan 242 peserta iaitu Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan mereka didedahkan dengan slot pengisian oleh Senator Masyarakat Orang Asli, Datuk Isa Ab. Hamid serta Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dan Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI