fbpx

MOSTI raih KPI 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (barisan tengah enam dari kanan) bergambar bersama ketua-ketua pengarang dan pengamal media pada program media engagement Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Ketua-Ketua Pengarang Media di Hotel Everly di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meraih pencapaian 100 peratus bagi petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian pada sesi perbentangan di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pada sesi pembentangan kad laporan semalam, beliau membentangkan tiga KPI utama kementerian kepada Perdana Menteri.

“Ia termasuk Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) serta Institut Genom & Vaksin Negara (MGVI); Pembangunan Ekosistem Industri Pemula Start-up yang Komprehensif dan Penginovasian Sistem Penyampaian Kerajaan (MyHackathon).

“Sukacita saya kongsikan bahawa ketiga-tiga KPI utama saya selaku Menteri MOSTI telah mencapai 100 peratus,” katanya ketika berucap pada Program Libat Urus Media Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media, di sini hari ini.

Katanya, semua kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa kerjasama semua pihak termasuk warga kerja kementerian dan juga bantuan media yang memberi liputan hampir setiap hari.

Adham berkata, jumlah keseluruhan inisiatif yang telah ditetapkan kementerian untuk dicapai dalam tempoh 100 hari adalah sebanyak 33 inisiatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI