fbpx

Melaka United mahu lakar sejarah besar Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELAKA United memasang impian untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama, namun mereka perlu mengecewakan KL City terlebih dahulu.

MELAKA United kini bersedia untuk melakar sejarah baharu dalam saingan bola sepak negara apabila mengintai peluang untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Seandainya impian itu menjadi kenyataan, final 2021 bakal menjadi pentas akhir pertama buat Melaka United selepas ha­nya berpuas hati dengan penca­paian terbaik separuh akhir pada 1983.

Kini hanya 90 minit saja lagi yang menjadi pemisah ketika lawan mereka di separuh akhir, Kuala Lumpur City dijangka turut akan tampil dengan aksi le­bih agresif untuk melengkapkan musim gemilang.

Memiliki satu gol di tempat lawan pastinya tidak mahu dipersiakan oleh pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan bagi mengukir nama dalam sejarah bola sepak negeri itu.

Semua pemain dan pengurusan kelab berkenaan mengha­rapkan sokongan daripada ‘pemain ke-12’ mereka iaitu para penyokong untuk hadir memberikan semangat dan menjadi sebahagian daripada sejarah pasukan itu nanti.

Justeru, pihak pengurusan Melaka United mengambil inisiatif membuka ‘Meja Bantuan’ khususnya bagi membantu mereka yang kurang mahir me­lakukan transaksi atas talian untuk mendapatkan tiket perlawanan menentang KL City malam esok.

“Meja Bantuan akan dibuka pada Khamis, 25 November 2021 (hari ini) bertempat di Wisma MUSA, Kompleks Sukan Hang Jebat bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.

“Kepada penyokong yang memerlukan bantuan bagi pembelian tiket secara ‘online’ boleh hadir di lokasi pada masa yang ditetapkan.

“Sila bawa Kad Pengenalan, MySejahtera dan telah lengkap 2 dos vaksin. Harap maklum,” demikian menurut pengumuman Melaka United di laman sosial Facebook.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI