fbpx

Koleksi Rockology Search ikut prosedur – Noordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GITARIS gitar Search, Noordin dan Kid kini tampil dengan Rockology Search : KidDin Collection Series yang mengandungi 17 barangan istimewa dalam satu Rockobox.

PETALING JAYA – Penggemar tegar kumpulan rock tersohor, Search kini berpeluang mendapatkan edisi terhad koleksi berkembar Rockology Search: Kid’Din Collection Series yang terhad untuk 500 unit pembeli pertama.

Pemain gitar, Din atau Noordin Md Taib berkata ilham penghasilan naskah istimewa yang memuatkan 22 seleksi lagu terbaik kumpulan itu tercetus ketika situasi penularan Covid-19 di negara ini dalam keadaan membimbangkan.

“Ketika itu konsert dan persembahan Search ditunda dan dibatalkan berikutan penularan Covid-19. Selepas mengambil kira beberapa faktor, saya dan Kid sebulat suara mengeluarkan kompilasi lagu berat dan balada terbaik kami.

“Lebih istimewa apabila koleksi yang dihasilkan khas dalam bentuk ‘boxset’ bersama 17 barangan premium khas buat peminat Search,” katanya.

Din yang bersama band rock ikonik itu sejak 1984 berkata, semua lagu yang dipilih adalah daripada album Search yang diterbitkan syarikat
Go Search Sdn Bhd.

Katanya, penerbitan Kid’Din Collection Series mengikut prosedur yang betul tambahan pula hingga kini mereka juga anggota sah band tersebut.

“Pada Mac 2020, Amy secara rasmi mengumumkan dia berundur dari Search untuk memberi peluang kepada anggota lain meneruskan aktiviti kumpulan ini.

“Proses remastered semua lagu pilihan kami lakukan mengikut prosedur yang betul. Lagipun saya dan Kid ada hak kerana hari ini kami masih anggota Search.

“Bagi kami penerbitan koleksi ini sangat bermakna apabila menampilkan ‘sound’ dan teknik permainan gitar terbaik yang pernah kami rakamkan termasuk
permainan solo gitar,” katanya.

Cakera (CD) berkembar mengandungi 22 lagu termasuk Melastik Ke Bintang daripada album Karisma selain Purnama (Fenomena 2003), Analogi 0.1 (Rampage), Neo Romantik (Rampage), Balada Pemuzik Jalanan (Double Trouble 2), Teguh (Karisma), Bencana (Fenomena 2003), Mancis Dah Basah (Bikin Wilayah), Honky
Tong Kosong (Gema Di Timur Jauh), Feel The Pain (Rampage) dan Kereta Merah (Rock & Roll Pie).

Manakala CD kedua pula memuatkan Panggung Khayalan dari album Rock & Roll Pie, Di Pintu Sepi (Double Trouble 2), Bersalah Atau Tidak (Gema Di Timur Jauh), Bayangan Baiduri (Bikin Wilayah), Andai Ku Miliki Semalam (Gema Di Timur Jauh), Diari Habil & Qabil (Rock & Roll Pie), Paranoid (Karisma), Menara Kesesatan (Fenomena 2003), Rock & Roll Pie (Rock & Roll Pie), Roket (Gema Di Timur Jauh) serta Orait Mama (Karisma).

Turut dimuatkan dalam bingkisan khas tersebut adalah trek bonus menampilkan petikan solo gitar sentuhan Din sendiri.

Malah akui gitaris yang mendapat jolokan King of Rhythm itu lagi, selepas ini mereka ingin merealisasikan rancangan merakamkan semula lagu Search dengan menggunakan khidmat penyanyi dan pemain bass yang lain.

Sementara itu, penerbit dan pemilik Home Of Champions, Mozylir Mokhtaruddin berkata, Rockology Search: Kid’Din Collection Series dijual secara dalam talian sejak 17 November 2021 dengan harga RM299.

Koleksi berkenaan juga boleh diperoleh menerusi laman web www.fenomenasearch.com, Facebook Home Of Champions, Instagram @homeofchampions.store atau WhatsApp 016-2704544.

Menariknya, pembeli turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa gitar buatan khas Gema Di Timur Jauh, lengkap tandatangan Din selain gitar Rampage yang ditandatangan oleh Kid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI