fbpx

Kekalahan besar Juve dalam sejarah UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLEGRI

LONDON – Kekalahan terbesar sepanjang sejarah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) tidak membuatkan pe­ngendali Juventus, Max Allegri cemas sebaliknya mengakui Chelsea berjaya memanfaatkan kelebihan fizikal ke atas pasukannya.

Biarpun tewas 0-4 pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Allegri mengakui masih berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan 16 pasukan terbaik.

“Saya fikir, di babak pertama kami bermain baik, namun selepas rehat, mereka (Chelsea) terus menekan. Kami sedikit lemah hingga membenarkan gol kedua dan ketiga terhasil.

“Kami berikan terlalu ba­nyak sepakan penjuru dan mereka juga memiliki fizikal yang kuat. Dalam beberapa si­tuasi, kami sepatutnya mampu memberikan aksi yang lebih baik.

“Agak mengecewakan apabila bolos empat gol, namun objektif utama sudah pun tercapai dan sekarang kami perlu fikirkan untuk aksi dengan Atalanta (saingan Serie A).

“Selepas rehat, kami hilang keyakinan ekoran kesilapan yang menghasilkan gol kedua dan ketiga,” kata Allegri

Keputusan itu sesuatu yang memalukan buat Juventus yang tidak pernah bolos empat gol dalam semua pertandingan sejak kali terakhir tunduk 0-4 kepada AS Roma pada Februari 2004 dalam saingan Serie A.

“Apa pun kami sudah layak dan sekarang fokus kami adalah untuk bermain dalam perlawanan seterus­nya. Tahniah kepada pemain, kekalahan ini tidak menjejaskan kami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI