fbpx

Kawan belanja hisap syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ketika ditemui berceritakan pengalaman terjerumus penagihan dadah

KLANG- Kehidupan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berubah sekelip mata apabila terjebak dadah jenis syabu susulan ‘dipancing’ rakannya yang membelanjakan barangan terlarang itu.

Ahmad (bukan nama sebenar) berkata, kesemuanya bermula dua tahun lalu apabila bersenggang bersama rakannya di kawasan berhampiran rumahnya di flat Perantau.

Katanya, salah seorang rakannya memaklumkan syabu adalah ubat penenang jiwa.

“Saya pada awalnya menolak namun tewas selepas dipujuk beberapa kali sehingga terjerumus dalam penagihan dadah.

“Wang saku pun tidak pernah saya keluar bagi pembelian syabu kerana dibelanja rakan-rakan berkenaan sepanjang menagih dadah ini,” katanya ketika ditemui semasa program pelancaran Bilik Gerakan Komuniti Prihatin di Flat Sri Perantau, di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, anak kedua daripada lima beradik memberitahu mengambil syabu seminggu sekali dengan ‘port’ adalah sekitar semak di kawasan berhampiran flat berkenaan.

Tambah Ahmad, akibat tabiat itu menyebabkan diri semakin malas ke sekolah ekoran tidak dapat fokus dalam pelajaran.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI