fbpx

Jawi terima sumbangan lori khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis penyerahan sumbangan lori khas disaksikan Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail (tiga dari kanan).

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menerima sumbangan sebuah lori khas hasil sumbangan wakaf bernilai RM120,000.

Jawi menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, lori khas itu akan memudahkan urusan terutama bagi melancarkan inisiatif Jawi Food Bank.

Menurutnya, lori khas itu akan digunakan bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan kepada golongan yang terkesan dan memerlukan khususnya di sekitar Wilayah Persekutuan.

“Jawi Food Bank adalah sebuah inisiatif bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan rakan strategik di bawah misi Musa’adah Covid-19.

“Program itu menyediakan bantuan barangan keperluan asas sejak pandemik melanda negara pada Mac 2020,” katanya.

Katanya, sehingga bulan ini, sejumlah 271,145 pek barangan seperti beras, minyak masak, gula dan tepung bernilai RM 4,844,995 telah diagihkan kepada penerima.

Jelasnya itu, antara penerima termasuk golongan asnaf, B40, peniaga kecil, mualaf, ibu tunggal, pemandu teksi dan bas sekolah, pemandu p-hailing dan e-hailing, gelandangan, frontliner kesihatan dan keselamatan termasuk masyarakat bukan Islam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI