JAKARTA – Gara-gara cemburu, seorang isteri tidak dapat mengawal perasaannya lantas memukul bahu suaminya ketika ditemu bual oleh seorang wartawan perempuan, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi sebuah klip video yang dikongsikan di Instagram, seorang wartawan perempuan dilihat sedang menemu bual pasangan suami isteri tersebut.
Secara tiba-tiba si isteri memukul bahu suaminya dengan kuat beserta dengan raut wajah yang sedang marah sehingga membuatkan lelaki itu kelihatan bingung.
Wartawan tersebut turut terkejut dengan tindakan wanita berkenaan dan cuba untuk mengawal keadaan.
Video pendek itu menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen mengenai insiden tersebut.
“Bertenang encik. Jangan sesekali cuba berbahas dengan isteri anda,” kata seorang pengguna.
“Rupa-rupanya isterinya seorang atlet tinju,” gurau seorang lagi. – Agensi