fbpx

Hantar barang beralamat di kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghantar barang itu bingung ketika perlu menghantar barang beralamatkan tanah perkuburan. – Instagram

JAKARTA – Seorang penghantar barang mendapat perhatian netizen kerana perlu menghantar bungkusan yang beralamat di sebuah kubur sehingga menyebabkan dia sukar mencari pemilik barang tersebut, lapor lapor laman berita Suara.com.

Kejadian itu dirakam dan dimuat naik ke akaun Instagram bernama @dagelan.

Menerusi video tersebut, penghantar barang itu menunjukkan bungkusan yang perlu dihantar namun, keliru mencari alamat penerima.

‘’Alamat kubur, kubur Gelam Jaya belakang MI Nurul Falah. Ini, saya di tanah perkuburan,’’ kata penghantar barang it..

‘’Yang pesan bungkusan ini  mana?’’ jeritnya.

Kejadian itu berlaku di kawasan Pasar Kemis, Tangerang, Banten.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

‘’Ya, tak perlu jerit-jerit hantar bungkusan itu, nanti kalau ada yang sahut, lari,” kata seorang netizen. 

‘’Tunggu sampai petang nanti dik, saya keluar sendiri,” kata netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI