fbpx

Hadiah istimewa United buat Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mencatat kemenangan 2-0 mengatasi Villarreal untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara. – AFP

VILLARREAL – Kejayaan Manchester United menewaskan Villarreal 2-0 awal pagi semalam bukan sahaja meredakan kemelut prestasi yang melanda pasukan itu tetapi juga melonjakkan nama pengendali sementara mereka, Michael Carrick.

Carrick menjadi pengurus United berbangsa Inggeris pertama yang berjaya membantu pasukan itu meraih kemenangan pada perlawanan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara untuk tempoh 90 tahun.

Bagaimanapun, Carrick meng­akui kejayaan itu didedikasikan kepada bekas pengurus, Ole Gunnar Solskjaer selepas United berjaya mengesahkan slot pusingan 16 pasukan terbaik hasil kemenangan berkenaan.

Pada perlawanan itu juga turut menyaksikan pemain paling mahal dibeli musim panas lalu, Jadon Sancho meledak gol buat kali pertama untuk pasukan itu sejak perpindahannya ke Old Trafford.

“Sejak beberapa hari lalu, semua orang berdepan detik yang sukar. Saya boleh menikmatinya tetapi keputusan ini adalah untuk Ole dan saya tidak dapat lari daripada hakikat ini.

“Ia bukan keputusan yang penting buat saya sebaliknya ia adalah untuk kelab dan pemain. Saya berada di sini dengan memikul tanggungjawab mengurus pasukan dan saya amat bangga.

“Saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar,” kata Carrick.

Selain Sacho, satu lagi gol Uni­ted dijaringkan oleh pe­nyerang sensasi mereka Cristiano Ro­naldo sekali gus menyaksikan mereka menerajui Kumpulan F dengan 10 mata berbaki satu lagi perlawanan menentang Young Boys.

Pada perlawanan itu, Carrick membuat keputusan berani dengan tidak menyenaraikan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford bagi memberi ruang kepada Donny Van De Beek serta Anthony Martial.

“Saya merasakan ia adalah perlawanan yang sukar. Saya me­ngatakan sebelum perlawanan, siapa saja yang diturunkan dalam kesebelasan utama perlu memikul tugas untuk memenangi perlawanan ini.

“Kami datang untuk memenangi perlawanan, kami membuat persediaan yang benar-benar mantap dan akhirnya kami telah membuktikannya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI