fbpx

Guru kecewa, murid jawab ‘lek lah cikgu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang guru tentang jawapan yang tidak sopan diterima dari pelajarnya baru-baru ini tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang guru yang meluahkan rasa kekecewaannya terhadap muridnya di media sosial tentang jawapan tidak sopan yang diterima olehnya telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai baru-baru ini.

Menerusi perkongsian oleh seorang guru melalui satu tangkap layar di laman sosial Facebook, dia berasa kecewa apabila sikap muridnya itu yang bertindak membalas mesej seperti itu, seolah-olah sebagai kawan sahaja.

Berdasarkan perkongsian ‘posting’ tersebut, guru tersebut telah menanyakan soalan kepada pelajar itu, tetapi cara jawapan yang diterimanya telah menimbulkan perasaan kecewa.

“Kesan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), anda yang membaca mungkin tidak akan rasa apa-apa, kami yang bergelar guru ini baca, sangat sakit hati.

“Macam itu ke bahasa dia dengan guru, baru sahaja sekolah tingkatan dua, kerjaya guru sekarang dah makin tak relevan, ibu bapa dan murid dah tak letak ‘respect’ (hormat) terhadap tenaga pengajar,” katanya di dalam Facebook.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi tentang adab antara guru dan murid-murid dan mempersoalkan tindakan ibu bapa yang membenarkan anak bekerja semasa waktu PDPR.

“Ini kejadian benar, didiklah anak-anak kita sebagaimana kita dulu, hati-hati dengan mind set ‘sekolah gagal bukan bermaksud tak boleh berjaya’. Kita kena faham betul-betul apa maksud ilmu,” kata Muhd Syafiq.

“Kita ini nak WhatsApp dengan cikgu atau ‘lecturer’ pun dengan penuh beradab, penuh segan. Inikan pula nak balas mesej macam itu,” ujar Nur Sha.

“Saya pelik dengan ibu bapa yang bagi anak bekerja, sedangkan mereka tahu yang sekarang cara pembelajaran dah berubah kepada PdPR,” jelas Noor Halimah – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI