fbpx

Guru belum vaksin faktor masalah kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Faktor masalah kesihatan antara punca lebih 100 guru di Negeri Sembilan masih belum bersedia menerima vaksin Covid-19 sehingga kini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Md. Fiah Md. Jasin berkata, bagaimanapun jumlah itu berkurangan daripada 142 orang yang dilaporkan sebelum ini.

“Saya percaya mereka ini bukannya antivaksin, tapi ada alasan tersendiri antaranya ada masalah kesihatan.

“Harapan kita positif agar mereka ini mengubah fikiran untuk terima vaksin kerana dalam rekod jabatan mereka merupakan guru-guru yang baik dan produktif,” katanya di sini hari ini.

Md. Fiah berkata, usaha memujuk guru-guru berkenaan masih dilakukan dan berharap mereka akan terbuka hati.

Sebelum ini, media melaporkan KPM memberi tempoh sehingga 1 November ini sebelum mengambil tindakan selanjutnya terhadap guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI