fbpx

Cadangan naikkan had umur persaraan penjawat awam perlu kajian menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Khairul Adib (dua, dari kiri) bersama Razali (kanan) menyerahkan sijil bersara wajib kepada Rupiah Abdul Aziz dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada Pengurus Sumber Manusia Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melihat secara menyeluruh segala aspek berhubung terdapat cadangan untuk menaikkan had umur persaraan penjawat awam daripada usia 60 tahun ketika ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, cadangan itu perlu dilihat secara holistik termasuk mengambil kira terdapat setengah juta pelajar yang menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) setiap tahun.

“Memang ada cadangan daripada Bank Dunia untuk menaikkan had usia persaraan secara berperingkat berdasarkan tahap kesihatan yang semakin dan masih ramai yang boleh berkhidmat selepas umur 60 tahun.

“Cadangan itu akan dilihat semula, bagaimanapun ia terpulang kerana terdapat setengah juta pelajar yang keluar daripada IPT setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Pengurus Sumber Manusia Negeri Sembilan di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP, Nik Amlizan Mohamad dan Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Mohd. Shaifuddin Ibrahim.

Menurut Mohd. Khairul Adib lagi, cadangan menaikkan had umur persaraan itu perlu juga mengambil kira keadaan ekonomi yang berkembang dengan baik termasuk peluang-peluang pekerjaan sedia ada. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI