fbpx

Bukan Baddrol seorang sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADDROL didakwa bakal meninggalkan KDA FC musim depan untuk menyertai Sabah FC.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

SELEPAS lebih 16 tahun menabur bakti di Kedah, Baddrol Bakhtiar kini sudah boleh dikatakan sah akan meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk berkhidmat dengan pasukan baharu.

Menurut sumber dalaman pasukan, desas-desus yang mengatakan pemain berusia 33 tahun itu akan meninggalkan pasukan yang bertiup kencang kebelakangan ini sememangnya benar.

“Selain Baddrol, pemain pertahanan kanan, Rizal Ghazali yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi kapten dalam pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang JDT tempoh hari turut akan meninggalkan pasukan.

“Ketika ini pihak pengurusan sedang dalam usaha untuk mengekalkan pemain pertahanan, Rodney Celvin. Bagaimanapun segalanya belum dapat dipastikan kerana Rodney merupakan pemain yang dipinjam dari Selangor FC dan kini segalanya terpulang kepada pasukan Merah Kuning itu untuk membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Ketika ini terdapat spekulasi mengatakan Baddrol dan Rizal akan berhijrah ke Sabah untuk beraksi di bawah pimpinan bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee pada musim depan. 

Mengulas lanjut katanya, dua pemain import setakat ini turut sah tidak menyambung kontrak bersama KDA FC.

“Dua pemain import tersebut adalah Rabih Ataya dari Lebanon dan K. Anumanthan dari Singapura,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI