fbpx

Anak? Satu atau dua tahun lagi – Isteri Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE kini terlihat bahagia bersama keluarga kecilnya, Elis dan Aleesya.

SEJAK mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis atau Elis dua minggu lalu, nama Caprice kembali menjadi tumpuan ramai.

Bukan sahaja Caprice, bahkan Elis dan anaknya, Aleesya Sofea juga turut terkena percikan populariti tersebut.

Selain soalan tentang pengalaman menjadi bapa ‘segera’, dia turut dihujani pelbagai pertanyaan mengenai perancangan untuk menimang anak.

“Ini antara soalan paling banyak saya terima dan jika nak tahu, tanyalah pada Elis,” katanya yang menjawab soalan peminat dalam Instagram baru-baru ini.

Jawab Elis: “Mungkin setahun atau dua tahun lagi.”

Nampaknya peminat pula yang tidak sabar untuk melihat Caprice ‘junior’ ya.

Sabar ya semua, katanya, sekarang nak bina semula bisnes yang sedikit ‘jatuh’ selepas dia pulang dari Amman, Jordan baru-baru ini.

MIZZ LAHAR: Ramai suka lihat cara Caprice melayan Aleesya iaitu anak daripada hasil perkahwinan pertama Elis. Nampak manja dan sangat serasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI