fbpx

3 pindaan akta lengkapkan ratifikasi RCEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Proses domestik untuk melengkapkan ratifikasi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) memerlukan tiga pindaan akta bagi memastikan ia sejajar dengan obligasi negara di bawah Perjanjian RCEP.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, draf pindaan akta terbabit sedang diperhalusi Jabatan Peguam Negara.

“Selepas pindaan tersebut diluluskan, Malaysia akan menyerahkan surat cara ratifikasi atau ‘instrument of ratification’ kepada Sekretariat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Perjanjian RCEP ini akan berkuat kuasa ke atas Malaysia selepas 60 hari surat cara ratifikasi dihantar sebagaimana termaktub dalam Perenggan 3 Artikel 20.6 Perjanjian RCEP,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) berhubung status penyertaan Malaysia dalam RCEP.

Mohamed Azmin turut memberitahu, pindaan tersebut dijadual untuk dibentangkan pada bulan depan dan surat cara ratifikasi akan dihantar selepas mendapat persetujuan Parlimen.

“Sehingga 2 November lalu, sebanyak 10 negara iaitu China, Singapura, Laos, Kemboja, Thailand, New Zealand, Jepun, Australia, Vietnam dan Singapura telah meratifikasi RCEP.

“Berikutan perkembangan itu, negara anggota RCEP telah melengkapkan syarat minimum ratifikasi dan tarikh berkuat kuasanya Perjanjian RCEP ialah pada 1 Januari 2022,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI