fbpx

Skuad KL City mula dihimpit keletihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOJAN mengakui anak-anak buahnya berdepan kepenatan ketika diikat 1-1 dengan Melaka United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD

“ADALAH normal jika ada kesilapan! Itu reaksi pengendali KL City FC, Bojan Hodak merujuk kepada keletihan dihadapi pemainnya ketika seri 1-1 dengan Melaka United pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

Keputusan itu juga menyaksikan peluang ke final kini lebih condong kepada Melaka United yang bakal beraksi di depan penyokong sendiri di Stadium Hang Jebat Jumaat ini.

“Ini bukan perlawanan yang bagus tetapi keputusan ini adalah adil buat kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan keletihan malah kami juga beraksi atas padang basah.

“Cuma apa yang saya dapat lihat adalah pemain memiliki semangat melawan. Kedua-dua pasukan mencuba, namun apabila letih, adalah normal jika berlaku kesilapan,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Melaka United membuka jaringan seawal minit ke-8 menerusi Adriano Narcizo sebelum Zhafri Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-26 buat KL City.

Bagaimanapun, Hodak menghamburkan pujian kepada Kenny Pallraj kerana pantas menyesuaikan diri untuk muncul sebagai watak utama dalam perjalanan KL City pada Piala Malaysia kali ini.

Kenny diturunkan sebagai pertahanan tengah selepas Nik Shahrul Azim dan Irfan Zakaria terpaksa melupakan kempen lebih awal ekoran kecederaan.

“Dia bagus dan seorang individu yang baik. Dia seorang pemain yang cepat belajar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI