fbpx

Operasi mencari mangsa jatuh Jambatan Kedua Pulau Pinang ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi Carilamat pemuda yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Kedua Pulau Pinang ditamatkan hari ini setelah tiada sebarang petunjuk baharu.

GEORGE TOWN – Tiada petunjuk baharu penemuan seorang pemuda yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini Isnin lalu.

Mangsa, Chow Yarn Wai, 39, sehingga kini masih gagal ditemui setelah operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) diaktifkan pasukan Maritim Malaysia (APMM) yang turut melibatkan aset Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Pertahanan Awam.

APMM dalam satu kenyataan berkata, operasi Carilamat mangsa yang memasuki hari ketiga itu telah ditamatkan hari ini.

“SAR berakhir pada hari ini, pada pukul 7.30 petang tadi dengan keseluruhan keluasan pencarian adalah 56.07 batu nautika.

“Walaubagaimanapun, pencarian akan disambung sekiranya terdapat sebarang petunjuk baharu,” katanya.

Pada Isnin lalu, seorang pemuda bertindak meninggalkan sebuah kereta jenis Toyota Prius di tepi tembok jambatan di kilometer (km) 8.5 arah Batu Kawan menghala Batu Maung sebelum disyaki terjatuh kira-kira pukul 4.40 pagi.

Dia yang dipercayai datang dari Kuala Lumpur turut meninggalkan barangan peribadi di lokasi kejadian. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI