fbpx

Operasi cari lelaki hilang di Sungai Hutan Melintang dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat warga emas yang dilaporkan hilang di Sungai Hutan Melintang dihentikan selepas enam hari. /FOTO IHSAN JBPM PERAK

BAGAN DATUK – Selepas enam hari, operasi mencari lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di perairan Sungai Hutan Melintang di sini dihentikan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Zulkafle Abdullah berkata, gerakan mencari mangsa melibatkan 32 anggota pelbagai agensi itu ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6 petang.

“Hari keenam operasi pencarian mangsa melalui rondaan bot meliputi kawasan di sepanjang Sungai Bernam, Sungai Hutan Melintang sehingga ke muara Bagan Datuk.

“Bagaimanapun, kita tidak menemui sebarang bukti kemungkinan mangsa sama ada tersangkut di kawasan pokok bakau, bawah struktur jeti mahupun di mana-mana kawasan permukaan air.

“Berdasarkan perbincangan bersama agensi lain, pihak polis yang merupakan komander operasi memutuskan gerakan mencari mangsa ditamatkan pada hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, keputusan tersebut diambil hasil daripada perbincangan dan persetujuan ahli keluarga mangsa.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, polis menerima laporan kehilangan M. Ramasamy, 64, yang dibuat isterinya pada pukul 2.25 petang.

Wanita berusia 64 tahun itu memaklumkan yang dia menjumpai barangan peribadi milik suaminya di perhentian bas berhampiran kawasan kejadian.

Seorang saksi yang menangkap udang di sungai tersebut mendakwa ternampak mangsa berjalan ke dalam sungai yang surut pada pukul 10 pagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI