fbpx

Melaka United perlu lebih garang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADRIANO (depan) meraikan jaringan pembukaan bersama rakan-rakan sepasukan ketika Melaka United seri 1-1 menentang KL City pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin. – SHIDDIEQIIN ZON

Oleh MOHD. FITRIE MUHAMAD

KEMARAAN ke final Piala Malaysia menjadi klimaks paling gemilang buat Melaka United yang pamer kebangkitan luar biasa sepanjang kempen musim ini.

Menerusi apa yang dipersembahkan ketika terikat 1-1 dengan Kuala Lumpur City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin, pengendalinya, Zainal Abidin Hassan merasakan pasukannya kini berada di landasan betul.

“Memang kita ada kelebihan tetapi harus diingat, apa-apa pun boleh berlaku. Bagi aksi di tempat sendiri, pemain kena lebih fokus dengan serangan KL City.

“Kami ingin habiskan perlawanan kedua tanpa bolos. Dari segi bertahan, saya puas hati cuma kami perlu cipta lebih banyak peluang.

“Ini saja peluang kita dan ini adalah perlawanan paling mustahak selepas pemain berkorban sepanjang tahun,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Melaka United membuka jaringan seawal minit ke-8 menerusi Adriano Narcizo sebelum Zhafri Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-26 buat KL City.

Harapan yang ditagih Zainal bakal menyaksikan empat pemain importnya, Sony Norde, Giovane Da Silva, Adriano dan Manuel Ott wajar memainkan peranan lebih besar bagi menambah jaringan pada perlawanan kedua.

“Ini peluang untuk kami cipta sejarah dan memuaskan hati mereka yang bermain bola sepak sepanjang 2021. Mereka perlu berikan segala-galanya pada Jumaat ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI