fbpx

Hujan lebat, pembinaan lebuh raya mungkin punca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

UTRAJAYA – Kejadian hujan lebat secara berterusan pada petang kelmarin dan pembinaan lebuh raya baharu mungkin punca banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Nor Hisham Mohd. Ghazali berkata, ia berdasarkan bacaan hujan tinggi direkodkan di dua stesen dalam tempoh sejam.

“Stesen Puncak Atheneum di Gombak mencatatkan 100.5 milimeter (mm) dan Stesen Bukit Antarabangsa pula dengan bacaan 101.5mm,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ribuan penduduk di lokasi berkenaan selain jirannya iaitu Kampung Lembah Jaya Selatan ditenggelami air bah selepas hujan pada petang tersebut dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan serta Ampang bersama 14 pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi itu bagi menyelamatkan mangsa terkandas di rumah.

Ini juga merupakan insiden banjir kilat yang terburuk tidak sampai sebulan kawasan sama pernah dilanda pada 23 Oktober lalu apabila hujan lebat turun dengan kadar lebih 60mm sejam.

Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata, Sungai Ampang dan sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air tinggi sehingga melepasi paras bahaya iaitu 63.8 meter seterusnya menyebabkan banjir sedalam 0.8 meter melibatkan sejumlah 103 buah rumah di kampung tersebut selain kerja-kerja pembinaan sebuah lebuh raya yang baharu.

Justeru, ujar beliau, pihak JPS akan menyiasat sama ada faktor itu menyumbang kemungkinan dan mempengaruhi impak banjir kepada penduduk di kawasan perkampungan bersebelahan.

Langkah itu juga ekoran dakwaan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin semalam yang percaya ia disebabkan daripada kesan projek Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI