fbpx

Harga sayur naik antara RM2 hingga RM8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPDNHEP Perlis melakukan pemeriksaan harga sayur di Pasar Besar Arau, hari ini.

KANGAR – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Perlis mendapati harga bagi sayur kubis, sawi, brokoli, kacang buncis dan cili merah meningkat dengan ketara sejak minggu lalu

Pengarahnya, Norazah Jaapar berkata, julat kenaikan harga bagi sayur-sayuran tersebut ialah antara RM2 hingga RM8 sekilogram.

Katanya, secara umum sayur di negeri ini diperoleh daripada pembekal di Cameron Highlands dan Thailand yang mana hasil pemeriksaan harian mendapati bekalan dalam keadaan stabil.

“Walau bagaimanapun berlaku trend kenaikan harga sayur dengan ketara sejak minggu lalu dan hasil maklumat diterima, kenaikan tersebut berlaku kerana faktor hujan berterusan dan bekalan berkurangan.

“Kita mendapati terdapat penurunan harga bagi brokoli bermula semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, harga bagi sayur lain seperti tauge, tomato dan cili hijau adalah stabil. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI