fbpx

Hanya aliran air besar di Lubuk Talan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan air sungai di Lubuk Talan yang didakwa pemilik akaun sebagai fenomena kepala air.

REMBAU – Video yang memaparkan keadaan air sungai di Lubuk Talan, dekat sini bukanlah fenomena kepala air seperti yang didakwa pemilik akaun yang membuat hantaran di laman facebook, sebaliknya hanyalah aliran air besar serta deras sahaja.

Penjaga serta pengurus kawasan berkenaan, Mohd. Jamil Sulaiman, 60, berkata, belum pernah berlaku fenomena berkenaan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai pada cuti hujung minggu, namun pihaknya sentiasa berhati-hati sekiranya berlaku hujan lebat di kawasan Bukit Bintongan.

Malah menurutnya, sekiranya ia adalah fenomena kepala air, air beraliran deras akan berlaku secara tiba-tiba sedangkan apa yang berlaku di Lubuk Talan ialah aliran air mula deras serta meningkat sedikit demi sedikit dalam tempoh 30 minit.

“Bila nampak sahaja keadaan seperti ini, kami di pihak pengurusan akan segera menyuruh pengunjung naik ke kawasan yang lebih selamat. Hanya selepas tempoh sejam dan keadaan air normal, barulah pengunjung dibenarkan untuk mandi semula.

“Ikutkan kawasan jeram ini agak panjang iaitu sejauh tiga kilometer dan pengunjung biasanya akan memenuhi sekitar satu kilometer jeram ini. Selebihnya adalah kawasan hutan yang jarang-jarang dilalui penduduk,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujar beliau, Lubuk Talan sering dikunjungi pada hari Sabtu dan Ahad oleh penduduk bukan hanya di sekitar daerah Rembau, bahkan ada juga dari Melaka dan daerah Seremban serta Port Dickson.

Menurutnya, pada hari berkenaan kebiasaannya lebih 150 pengunjung hadir dan pihak pengurusan mengenakan bayaran sebanyak RM3 bagi setiap kenderaan, manakala bagi motosikal pula adalah RM1. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI