fbpx

D.I.Y Group, MPHS, sukarelawan bersih Sungai Kedondong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLAM (tiga dari kanan) pada program pembersihan di Sungai Kedondong, Batang Kali semalam.

PETALING JAYA – D.I.Y Group komited memainkan peranan aktif dalam menjaga alam sekitar bagi memastikan taman, sungai dan tempat awam sentiasa dilindungi demi masa depan generasi akan datang.

Pengerusinya, Datuk Azlam Shah Alias berkata, penglibatan sulung kumpulan dalam projek pembersihan dan membaiki fasiliti di Sungai Kedondong, Batang Kali ini adalah platform awal untuk memastikan tempat-tempat seperti ini dipelihara.

“Ini adalah salah satu daripada beberapa inisiatif yang telah dirancang menjelang cuti sekolah pada akhir tahun dan musim cuti kerana kawasan persekitaran di sungai ini sering kotor akibat sampah-sarap yang ditinggalkan pengunjung.

“Kami juga memasang 13 papan tanda seperti papan tanda keselamatan dan informasi di sekitar kawasan ini supaya dapat memberikan kesedaran kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program membersih dan membaiki fasiliti di Sungai Kendondong, Batang Kali semalam

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Mohd. Hasry Nor Mohd.

Program itu melibatkan 80 sukarelawan dengan dibantu oleh MPHS.

Antara agensi lain yang membantu adalah Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pembangunan Orang Asli, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta komuniti Orang Asli dari Kampung Songkok.

Selain itu, Mohd. Hasry berharap, masyarakat lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan di Sungai Kedondong bagi menghargai usaha dan inisiatif pihak berkuasa dan sukarelawan selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI