fbpx

Cubaan 14 PATI masuk ikut jalan tikus gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI Indonesia yang ditahan ketika cuba memasuki negara ini menggunakan laluan tikus di Teluk Punggai, awal pagi hari ini.

KOTA TINGGI – Seramai 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Warga Indonesia berjaya diberkas ketika cuba memasuki negara ini melalui jalan tikus di Teluk Punggai, dekat sini awal pagi hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua PATI berusia 20 hingga 45 tahun itu ditahan dalam Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd).

Katanya, pergerakan PATI tersebut berjaya dikesan pada pukul 2 pagi selepas Radar Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan bot yang mencurigakan menghala ke arah Teluk Punggai.

“Sekitar pukul 3.30 pagi, anggota petugas pos pemerhati juga turut mengesan pergerakan bot yang mencurigakan di perairan tersebut serta mengesan kelibat orang sedang menuruni bot menuju ke pantai.

“Hasil serbuan yang dilakukan pada pukul 4.40 pagi telah berjaya menahan dan membuat penangkapan ke atas sembilan PATI dipercayai baru saja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Tim Quick Reaction Force (QRF) bersama tim Drone Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) kemudian telah diaturgerakkan bagi membuat penjejakan untuk mencari kemungkinan saki baki PATI yang masih bersembunyi.

Pada pukul 9 pagi, Tim QRF telah berjaya menangkap lima lagi PATI berhampiran kawasan tangkapan pertama yang dipercayai saki baki PATI yang baru tiba ke negara ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI