fbpx

CT Vet pupuk kesedaran jaga haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akui Dr. Naz, penjagaan haiwan secara berkala penting bagi mengelak pemilik menanggung kos rawatan penyakit yang tinggi.

PETALING JAYA – kecintaan terhadap dunia haiwan terutama kucing antara pendorong utama Dr. Siti Nadzirah Zulkiffle, 33, menceburi bidang veterinar.

Bagaimanapun pada zaman remajanya sekitar usia 16 tahun, dia langsung tidak tahu aka kewujudan jurusan kedoktoran haiwan ditawarkan di pusat pengajian.

Akui Siti Nadzirah atau mesra disapa Dr. Naz, mulanya dia bercita cita menjadi doktor bidan, namun akhirnya bersykukur dapat menyambung pengajian dalam bidang Perubatan Veterinar di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Sejak tujuh tahun lalu, Dr. Naz menjadi pengasas klinik dan penjagaan haiwan CT Vet yang berpangkalan di Gelang Patah, Johor Bahru, Johor.

“Berpegang kepada prinsip setiap makhluk termasuk haiwan, saya percaya semua perlu dilayan baik. Itu juga antara sebab saya begitu berazam memiliki klinik haiwan sendiri.

“Saya sendiri begitu dekat dengan haiwan terutama kucing. Hati memang cepat tersentuh dan hiba melihat haiwan itu diapa apakan atau terbiar begitu saja.

“Kesedaran mengenai hal membela haiwan ini dengan baik sudah mula ada kalau mahu dibandingkan dulu. Cuma kita kena terus mendidik tentang peri pentingnya menjaga haiwan dengan cara betul,” katanya.

Tambahnya, kewujudan banyak pilihan klinik haiwan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan antara yang membuatnya tersenyum bangga kini.

Ujar Dr. Naz, semakin ramai pencinta haiwan terutama haiwan peliharaan seperti kucing yang begitu mementingkan penjagaan khusus si bulu seperti ‘anak’ sendiri menjadikan permintaan terhadap bidang veterinar semakin bertambah.

“Klinik saya sendiri sampai tahap menawarkan khidmat rundingan percuma sejak Mac tahun lalu sebab nak galakkan lebih ramai lagi menjaga haiwan dengan kaedah betul.

“Tidak dinafikan kos penjagaan rawatan haiwan boleh mencecah ribuan ringgit. Jadi kalau pandai jaga dan mencegah, kos mahal itu dapat dielak,” katanya.

Bagi meneruskan ruang memberi kesedaran yang mahu diperjuangkan, Dr. Naz terus mahu menyedarkan lebih ramai pencinta haiwan terutama di Johor dan berdekatan datang ke kliniknya.

“Selain berkongsi info penting dan tips, jika ada kesulitan melingkari haiwan peliharaan anda, datanglah ke klinik CT Vet.

“Saya sendiri mewujudkan akaun media sosial seperti Instagram @klinik_haiwan_ct_vet, Facebook (klinik haiwan CT Vet) dan di aplikasi telegram sahabatctvet,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI