fbpx

‘Ayah buatkan agar-agar, adik tak mahu masuk neraka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian oleh Amyrul Almuhaziq berkenaan anaknya yang meninggalkan pesanan memintanya agar membuat agar-agar pandan.

PETALING JAYA – Seorang bapa yang baru pulang dari tempat kerja dikejutkan dengan sekeping nota oleh anaknya tentang janji yang telah dibuat bersama rakan-rakan di sekolah bersempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi perkongsian beberapa gambar oleh Amyrul Almuhaziq di laman Facebook semalam, dia berkongsi tentang anaknya yang meninggalkan pesanan meminta pertolongannya untuk membuat agar-agar pandan.

“Assalamualaikum ayah, hari ini hari jadi adik, adik dah janji nak bagi agar-agar pandan dekat kawan-kawan adik, semalam umi balik kerja lewat, selepas isyak terus tidur, tak sempat nak buat apa-apa.

“Boleh tak ayah tolong buatkan dan hantar ke sekolah sebab ustaz adik cakap kalau tak tepati janji nanti berdosa dan masuk ke dalam api neraka,” tulis anaknya di dalam nota tersebut.

Tambahnya lagi, dia berasa kasihan apabila membaca surat daripada anak bongsunya itu yang memintanya untuk membuat agar-agar pandan walaupun dia tidak mengetahui cara untuk memasaknya.

“Balik kerja pagi tadi dapat surat dari anak bongsu, rasa kesian pula bacanya nak tergelak pun ada, tapi atas permintaan sempena hari jadi anak, saya gagahkan juga melihat resipi di ‘google’,” ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memuji sikap yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut yang memahami keadaan ibu bapa yang penat baru pulang daripada kerja.

“Ibu bapa yang baik, anak pun akan jadi baik, selamat hari jadi adik saya doakan semoga Allah SWT sentiasa merahmati tuan sekeluarga,” komen Suhana Hashim.

“Seorang anak yang sangat memahami, dia faham umi dia keletihan balik kerja, dia minta tolong ayah pun dengan cara yang sangat baik,” ujar Nurulyana Razak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI