fbpx

47 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 47 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di seluruh negara sebanyak 30,110 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID terkini sebanyak 6,087 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Kelantan (8), Sabah (7), Melaka (5), Selangor (5), Johor (4), Pulau Pinang (4), Sarawak (4), Kedah (3), Pahang (3), Terengganu (2), Perak (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 68,625 kes aktif melibatkan 54,940 kes dikuarantin di rumah, 7,529 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,624 kes di hospital, 266 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 266 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI