fbpx

Wanita temui cinta sejati, kahwin pada usia 55 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini menemui cinta sejatinya pada usia 55 tahun. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita yang baru menemui cinta sejatinya menjadi tular di media sosial selepas memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 55 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.

Kisah tersebut dikongsikan menerusi  akaun TikTok @purpleshina0625.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita mengenakan gaun pengantin sambil berjalan memasuki sebuah dewan yang sudah siap dihias cantik.

“Wanita ini akhirnya menemui cinta sejati pada usia 55 tahun, selepas menanti selama bertahun-tahun untuk bertemu jodoh.

“Majlis pernikahannya berlangsung secara maya kerana suaminya sedang berada di Auckland, New Zealand,” demikian kenyataan yang ditulis pada hantaran tersebut.

Pemilik akaun tersebut turut mengingatkan netizen supaya tidak mengeji wanita yang berkahwin pada usia melebihi 30 tahun kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.

Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai komen daripada netizen.

“Tolong jangan kahwin kerana umur, nikahlah dengan pasangan terbaik,” komen seorang netizen.

“Bagi yang sering bertanya bila mahu kahwin, bila mahu hamil, percaya saja dengan kuasa Allah,” komen netizen laim. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI